
It's year 2010... sekejap sahaja masa berlalu... terasa seperti mimpi sahaja...jika boleh biarlah mimpi indah ini berpanjangan...
Hmmm... diam tak diam dah 5 tahun terjalin ikatan perhubungan...dan kini sudah diserikan dengan dua cahayamata yang sangat comel... tak disangka perkenalan singkat membawa ke jinjang pelamin..... Mengingati detik-detik pertemuan hingga ke jinjang pelamin buatku tersenyum... lalu terukirlah satu coretan luahan untuk menjadi ingatan sepanjang zaman...
Tiba-tiba dengan tidak semena-mena seorang lelaki menarik tanganku. Boleh kita bergambar? Erm…. Kelu lidahku untuk berkata-kata, bagaimana lelaki ini begitu berani sedangkan yang lainnya tidak ada yang sudi. Mungkin yang lain tahu di
sana di lokasi yang serupa ada bekas tunanganku. Lalu mereka tidak berminat untuk rapat denganku atau aku terlalu rapat dengan teman baikku yang juga seorang lelaki lantas mereka menganggap aku kepunyaannya.
Erm… aku tidak menolak, mengikut saja arah tangan ditarik sehingga ke dua buah kerusi yang telah siap tersusun seperti kerusi persandingan. Lalu terpotret ‘photo’ antara seorang lelaki dan wanita yang masing-masing baru pertama kali bertemu. Sebuah potret yang sebenarnya akan memulakan sebuah cerita yang panjang tanpa disedari. Siap bergambar dia hanya bersalam denganku sambil tersenyum…terima kasih katanya. Unik? Hanya dua perkataan ‘boleh kita bergambar?’ dan ‘terima kasih’, tidak juga bertanya nama atau selain dari itu. Seperti dia aku juga terus berlalu dari ‘sesi penggambaran’ dan bersiap-siap untuk pulang.
Tiga hari dua malam di ‘kawasan perkhemahan ulu yam’ buat diriku letih dan ingin segera pulang. Aku menumpang seorang kawan perempuanku dengan menaiki kereta kancilnya. Hari yang menarik sepanjang ‘amboi gath’. Boleh dikatakan antara ‘gath’ yang paling menarik jika dibandingkan dengan ‘gath-gath’ sebelum ini di tempat-tempat lain.
Belum sempat kawanku mengundurkan keretanya dari tempat ‘parking’ sebuah lori telah menghadang jalan di belakang. Isk… dahla letih ni..ada pulak yang menghalang. Lori sapa la pulak yang ‘parking’ di tengah-tengah jalan ni. Takkan hari ahad pun kerja jugak. Eh… lelaki tadi…ingatkan pekerja-pekerja chalet. Erm… tak sangka pulak ada orang datang ke ‘gath’ naik lori. Hehehehe aku dan kawanku ketawa kecil walaupun masing-masing nak cepat keluar dan pulang ke rumah. Isk.. lelaki ni pun, nak bersembang pun jangan la di tengah-tengah jalan. Selepas 5 minit berpesan-pesan dengan kawannya, dia pun berlalu pergi. Lalu kawanku pun menyambung semula perjalanan kami ke rumah.
Niat untuk tidur sepanjang perjalanan di dalam kereta tak kesampaian. Mataku tak mengantuk pula, lagipun kesian pulak nanti ‘member’ aku ni bawa kereta sorang-sorang. Masing-masing melayan fikiran sendiri. Mungkin dia pun letih setelah puas menjerit di ‘gath’. Aku tiba-tiba teringat lelaki tadi, ermm tak silap aku lelaki itulah yang aku nampak ketika di depan tangga sebuah chalet bersama seorang kawan perempuannya yang kebetulan kawanku juga. Dia dalam posisi melutut memujuk kawannya itu. Mungkin kawannya itu menangis sebab bergaduh dengan bekas teman lelakinya. Ermm… masa tu aku tengok lelaki tu romantik sangat. Hahahahaha agaknya dia tengah nak ‘tackle’ kot. Eh… teringat dia lak. Dahla baik aku memantau kawanku memandu, mana tahu dia mengantuk lak.
Selepas seminggu ‘gath’ berlangsung di ‘ulu yam’ aku menerima panggilan telefon untuk perjumpaan. Saja lepak-lepak beramai-ramai. Kali nih di kedai ‘pak ya’ tempat pertemuan selalu. Ramai juga malam tu. Semua sibuk dengan album masing-masing. Yerla berkongsi-kongsi gambar yang diambil ketika ‘gath’. Banyak juga gambar-gambar aku nih. Kena beli nih, kenangan hehehehe. Dalam banyak-banyak gambar tu aku ternampak satu gambar lelaki. Lelaki yang menarik tanganku tuh.. Lalu aku pun bertanya, sapa ek nama lelaki nih?. Before kata kawanku. Erm before and after ke? Taklah B dengan huruf 4. Oooo B4. Pertama kali mendengar nick dia. Er… aku pun memberitahu kawanku yang kami ada bergambar bersama masa ‘gath’ tu. Kata kawanku ‘mintala gambar tu dengan dia. Isk… manala aku tahu nombor telefon dia, sedangkan nama pun aku tak tahu. Takperla… lagipun sekeping aja. Ada rezeki kalau terjumpa masa-masa berkumpul… aku mintala.
Minggu berikutnya, aku menerima panggilan lagi. Kali ni ada orang ‘open table’. Orang tu datang dari luar KL. Dari Penang. Ermm jauhnya datang, ‘open table’ lak tu… Isk nak pengsan apa… mesti ramai yang datang… nak makan free hehehehe. Tapi malangnya aku tak dapat pulak pergi.
Minggu berikutnya lagi aku men’join’kan diri lepak-lepak kat NZ curry house. Dari situ aku dapat tahu yang datang ‘open table’ tu adalah B4. Asyik dengar nama dia jer sejak akhir-akhir nih. Hahahahaha kawanku mencadangkan aku telefon si ‘B4’ nih minta gambar dengannya sebab katanya B4 ada berpesan hari tu sapa-sapa yang nak gambar, telefonla dia. Erm.. boleh jugak.. lalu aku mendapatkan nombor telefon B4 dan berhajat nak menelefonnya nanti.
Balik dari lepak-lepak, aku nak tidur tapi belum mengantuk. Teringat nombor telefon B4 tapi nak telefon dah pukul 11 lebih. Mengganggu lak nanti. Ermm cuba jerla mana tau dia belum tidur…
Selepas lebih kurang tiga kali deringan, satu suara menjawab, ERA RENTAK MUZIK TERKINI!. Ehhh… apa pulak ni.. tak sihat ker? Atau salah makan ubat? Hahahaha aku ketawa. Baru aku teringat masa tu tengah hangat dengan radio ERA. Suara itu terdiam dan bertanya, sapa ni? Aku pun mengenalkan diriku dan menyatakan tujuanku. Ermmm… aku mengenalkan diriku dengan nickku ‘sayang’. Dia buat lawak pulak… kalau aku ‘sayang’ dia pulak kawan-kawan panggil ‘yang’. So… aku nak kena panggil dia ‘yang’ ker, sedap juga…. Kenapa kawan-kawan panggil ‘yang’, bukan ka nick dia B4. Ermmm… dia menerangkan nama dia ‘yan’ tapi bila kawan-kawan Terengganu panggil jadila ‘yang’ hehehe. Lama juga ber’gantung’ di talian bertanya-tanya pasal kerja masing-masing dan juga kawan-kawan yang dikenali. Ada ke dia kata aku dan seorang kawan baikku yang lelaki tu ber’couple’. Ermm… patutla tak ada orang berani rapat masa kat ‘gath’ tuh, agaknya semua orang ingat aku makwe orang. Akupun menerangkan sapa lelaki tu dengan aku dan dia ketawa besar. Perbualan diakhiri dengan janji yang dia akan menghantar gambar tersebut bila datang ke KL nanti.
Keesokannya harinya sedang aku sibuk dengan tugasanku di pejabat, telefon bimbitku mengalunkan irama. Ermm.. sapa pulak telefon nih dari ‘public phone’, nombor negeri sembilan lak tuh. Suara lelaki memberi salam, erm.. macam pernah dengar… ehh… lelaki itula yang bernama B4. Nape pulak telefon tengah-tengah hari nih… Dari ceritanya, telefonnya telah dicuri dan dia tak ada nombor orang lain kecuali aku sebab nomborku senang sangat untuk diingat. Ye ke? Boleh percaya ke? Hehehehe… takpa lah tapi aku kesian sangat dengan dia…telefon kena curi isk isk isk…Dia mengajakku berjumpa lima hari lagi bila dia singgah di KL dalam perjalanan pergi ke Negeri Sembilan. Aku mengiyakan ajakannya.
Rutin hariannya menghantar barang-barang di merata-rata tempat seluruh Malaysia. Kali ini perjalanannya dari Penang singgah di Negeri Sembilan dan ke Johor. Dan dari Johor naik ke KL ambil barang dan kemudian balik ke Penang. Kemudiannya dia akan naik ke KL semula untuk ke Negeri Sembilan lagi. Ketika itulah dia mahu berjumpaku, Dia bekerja untuk sebuah kilang papan membuat pintu di Penang.
Petang tu di pejabat aku bercerita dengan teman baikku pasal B4, baru jer kenal tapi dia seorang yang menarik. Ntah kenapa aku rasa macam berminat untuk terus mengenalinya. Kawanku sempat berpesan… ko test dia dulu tengok jenis lelaki menggatal dan suka ambil kesempatan ke atau sebaliknya. Gila ko… aku baru ‘first time’ nak jumpa, nanti apa lak kata dia. Yerla ‘first time’ la cuba, kalau dah tahu lelaki tuh gatal senang jer nak lari takyah jumpa dah… kalu dah lepas banyak-banyak kali susah lak. Hahahahaha… aku berjanji akan cuba kalu berpeluang. Jeng jeng jeng…..
Malamnya ‘yang’ menelefon lagi. Kali ini dengan telefon bimbit. Tadi kata kena curi. Ermmm katanya dia telah membeli set yang baru dengan mengekalkan nombor yang serupa. Hehehehe cepatnya lah dapat telefon baru yek… Kami bercerita lagi sampai lewat malam. Berkali-kali dia berpesan untuk berjumpa dengannya lima hari lagi. Selama lima hari sebelum berjumpa, setiap malam dia menelefonku. Ermmm banyak habis kredit tuh. Hehehehehe…
Sampaila masa dan ketikanya seperti yang dirancang… dari ofisku aku menaiki LRT Putra ke Setiawangsa tempat yang dijanjikan untuk berjumpa. Katanya dia tak tahu ke tempatku sebab masih baru dengan jalan-jalan dalam KL. Kalau jalan-jalan antara negeri tu mahir la hehehehe.
Ermmm….pertemuan pertama yang penuh dengan hilai tawa…bercerita hal masing-masing dan kawan-kawan yang dikenali hmmm. ‘Yang’ memang kelakar, buat aku tak kering gusi. Ternyata kami berdua memang kuat bercakap, sepanjang tiga jam berjumpa, banyak benda yang dibualkan tanpa henti. Sesekali aku tak dapat menahan gelihati dan mencubitnya. Dari riak muka ku tahu dia agak terkejut hehehehe tapi tak membalas balik. Selepas tiga jam bercerita, aku mengajak dia mengikutku balik ke rumahku. Uikkk… aku ingin tunjukkan gambar seseorang yang patut dikenali. ‘Yang’ tanpa banyak soal mengikutku tapi menungguku di luar rumah jerla.
Habis melihat album kisahku, dia mengajakku mengikutnya ke Negeri Sembilan. Jalan-jalan…katanya. Kebetulan esoknya aku bercuti…ermmmm…perlukah aku percaya pada seorang lelaki yang baru kukenali, pertama kali berjumpa. Ntah jujurkah dia atau kaki perempuan…erkkk menakutkan. Tapi… entah kenapa aku seperti tidak takut padanya. Dengan berani aku mengikutnya ke Negeri Sembilan, naik lori.
Wow… menariknya sepanjang malam, kami tidak tidur dan tidak juga mengantuk. Bercerita, hilai tawa, mengusik sepanjang perjalanan. Malam yang panjang terasa seperti terlalu singkat. Namun menjelang pagi…kami keletihan lalu berhenti rehat di perhentian lebuhraya…masing-masing tertidur dalam lori. Keletihan mulut agaknya bercerita sepanjang malam.
Tetiba aku terjaga, sepertinya badanku bergerak-gerak dan bergoyang-goyang. Dalam keadaan masih mengantuk aku cuba membuka mataku. Berat rasanya mata ini nak ku angkat. Rasa tubuhku yang bergoyang-goyang buatku asyik pula. Namun kugagahkan jua mengangkat mata. Aku melihat ‘yang’ disebelahku sedang tersenyum sambil matanya menjeling manja ke arahku. Kedua-dua tangannya erat memegang stereng lorinya hehehehe meneruskan perjalanan kami ke tempat yang dituju.
Tidurla sayang… kalau dah sampai ‘yang’ kejutkan. Sorila… kalau terjaga sebab naik lori nih melantun, bergoyangnya memang terasa. Hmm… aku yang masih mengantuk tertidur semula. Aku merasa lenaku sangat aman…anehnya setelah lama tidurku diganggu mimpi-mimpi aneh. Setelah lama tidurku dikejutkan dengan perasaan yang lara, kini disisi seorang lelaki yang baru kukenali… tidurku lena dan aman sekali.
Sayang bangun….sayang… ermmm aku tersedar dan senyum malu. Ermm agaknya aku tidur sampai tak sedar diri. Yang… mengajakku berhenti sarapan pagi di sebuah gerai tepi jalan. Sempat dia mengusikku sebelum makan….katanya aku comel sangat ketika tidur. Hehehehe apala entah-entah air liur meleleh ke…atau mengeruh ke…boleh dia kata comel lak. Mengayat ker nih. Aku tersenyum juga.
Selesai makan kami meneruskan perjalanan menghantar barang ke tempat yang dituju. Dia sangat tangkas bekerja mengangkut pintu-pintu turun dan berurusan dengan tauke kedai. Kemudian kami makan tengahari pula, ermmm aku mula tak selesa..badan rasa melekit-lekit kerana belum pun bersiram padahal jam dah menunjukkan hampir pukul 2 petang. Namun aku serba salah pula untuk memberitahunya.
Tak ku sangka ‘yang’ teliti orangnya, dia seperti memahamiku dan tiba-tiba mengajakku mandi bersamanya. Ermm mandi? Bersama? Menakutkan jer. Tapi di mana? Ooo di Ulu Bendul..semasa perjalanan pulang ke KL. Hmmm tapi aku hanya sehelai sepinggang…macam mana tuh. Tak apalah habis mandi kita keringkan badan dulu, pastu balikla. Kerja gila nih…tapi mencabar. Aku menerima cabarannya tu hehehehe.
Sangat indah… terlalu indah ketika itu mandi di air cetek dan sejuk. Ramai juga orang mandi manda di situ. Air sungai yang sejuk buatku terasa sangat segar dan gembira sangat. Kami mandi dan bergurau-gurau menguak air yang sejuk. Sesekali menguis air antara satu sama lain. Seperti orang bercinta dalam drama swasta pula. Bila mengingatkan itu, aku ketawa kecil. Air yang jernih menampakkan ikan-ikan kecil yang berenang-renang di sekitarnya.
Tetiba ‘yang’ menarikku duduk di atas batu sebelahnya. Memintaku mengangkat sikit jeansku ke paras betis dan menghulurkan kakiku ke dalam air. Opps… terkejutku kegelian yang amat sangat. Kakiku digigit-gigit kecil. Dengan pantas kumenarik kakiku keluar dari air dengan perasaan terkejut. Aku memandang ‘yang’ dan begitu jua dia memandangku sambil tersenyum… senyuman yang sungguh menawan hati. Dan tiba-tiba kami serentak ketawa geli hati dan mula meletakkan semula kaki ke dalam air. Saat yang terlalu indah bila bersama seseorang membiarkan kaki di dalam air digigit-gigit ikan kecil di dalam sungai yang jernih. Melihat ikan-ikan itu yang berenang mengelilingi kaki dan menahan kegelian begitu menghiburkan hati. Hilang rasa gundah, lupa segala rasa pahit di hati. Hanya senyum dan tawa menghiasi bibir. Terima kasih ‘yang’. Walaupun mungkin hanya seketika, dia telah berjaya menghiburkan hatiku yang sudah lama kesepian.
Lamunanku dikejutkan dengan suaranya, jom kita balik.. kata ‘yang’. Ermmm walaupun aku masih ingin terus berada di situ tapi mengingatkan hari sudah mengenjak ke petang aku bersetuju dengan cadangannya. Namun sempat juga aku meminta untuk menyelam ke air buat kali terakhir sebelum pulang. Kami sama-sama mengira 1…2…3… dan membenamkan kepala ke dalam air. Namun tiba-tiba air sedikit deras buatku hilang kawalan dan terbawa kebawah oleh arus.. Mujur ‘yang’ berada didepanku dan dia sempat memaut pinggangku dan menarikku rapat kedalam pelukannya. Aku juga memaut kuat lehernya menahan dari terus tergelincir. Ketika itu mata kami bertaut antara satu sama lain. Aku terkaku di situ, begitu juga dengan dia. Kami terlalu rapat. Aku seperti dapat mendengar degupan laju jantungnya. Sehinggakan aku dapat melihat jelas wajahku di dalam matanya. Ku lihat ada cahaya dimatanya. Sukar dimengertikan…namun sungguh mengasyikkan.
Lamunan kami tersentak dikejutkan dengan jeritan anak-anak kecil yang juga mandi berdekatan situ. Perasaan malu menyelubungi diriku dan dengan segera melepaskan tanganku dari lehernya. Begitu juga dengan yang…cepat-cepat menolongku bangun dan keluar dari air menuju ke tebing. Di tebing kami masih terdiam dan duduk mengeringkan badan. Aku cuba untuk tidak melihat matanya dan memandang ke dalam air melihat ikan-ikan. Begitu jua dia mendiamkan diri. Kadang-kadang kami menjeling satu sama lain dan cepat-cepat memandang ke arah lain. Aku tak tahu apa yang bermain di fikirannya, namun bagiku terasa degupan jantung makin bertambah kuat ada sesuatu yang bermain di hati. Mungkin aku malu…entah apa difikirnya tentang aku…ermmmm..
Mengingatkan detik tadi aku tersenyum sendiri… terasa getar didada. Ada sesuatu yang tersentuh di hati…ermmm kesunyian mencengkam…terdengar deruan air yang amat tenang.. sesekali jeritan-jeritan anak kecil berdekatan kedengaran. Sukar untuk menduga hati sendiri apatah hati orang lain terutama si dia yang bernama lelaki, biarlah hati jangan kau berfikir yang bukan-bukan…
Akhirnya ‘yang’ mencetuskan kesunyian itu. Jom..balik, dah kering sikit dah nih. ‘Yang’ ada baju t-shirt lebih, sayang boleh pinjam dan tukar baju… tapi seluar tak lehlah…sempat lagi dia berlucu. Dia cuba mengembalikan keadaan normal, aku cuba mengikut rentaknya. Kami bergegas ke lorinya dan selesaiku menukar baju di tandas berhampiran, kami memulakan perjalanan pulang ke KL.
Berbeza dengan perjalanan datang, perjalanan pulang kami berdua lebih banyak menjeling satu sama lain sambil tersenyum-senyum. Kulihat ‘yang’ mencuri-curi melihatku di cermin kecil di tengah-tengah lorinya. Aku jua begitu hehehe. Seperti tiada idea untuk diutarakan. Perjalanan kali ini ku rasa sangat panjang…
Ketika sampai di KL, hari sudah menjelang senja. Mujurlah hari dah nak gelap, jadi tak adalah orang dapat melihatku balik dalam keadaan yang lembap hehehhe. Kami masing-masing mengucapkan selamat tinggal dan ‘yang’ meminta izin untuk terus menghubungiku hari-hari berikutnya. Aku tak mampu bersuara hanya mengangguk dan tersenyum. Sebelum sempat aku turun dari lorinya, ‘yang’ tiba-tiba menarik tanganku dan menggenggamnya erat. Sambil memandang mataku dia bersuara ‘jangan mainkan perasaan ‘yang’ ye… Aku terkedu, tak memahami maksudnya tapi tak dapat bersuara. Dia pula melepaskan tanganku dan meneruskan perjalanannya semula. Aku hanya melambai dan melihat lorinya hilang dari pandangan.
Sudah dua hari dia tak menghubungiku….sudah dua hari juga aku tak berani menghubunginya. Kenapa tidak sudikah dia berkawan lagi denganku… ermm mungkin dia sudah melupakanku…mungkin aku juga patut berbuat demikian. Ermm.. masuk hari ketiga telefon bimbitku berdering.. ‘yang’?. Hello…suaranya ceria…ceria seperti biasa… dia meminta maaf kerana tak dapat menghubungiku dua hari yang lepas. Katanya pengecas baterinya hilang dan dia demam di rumahnya… tak dapat keluar. Baru hari ini.. dia mulai sihat semula. Kesiannya sampai demam… agaknya mandi terlalu lama hari tuh. Dia mula berceloteh semula dan aku juga begitu. Dia tetap setia mengusikku dengan usikan nakalnya dan ingin lagi bertemu denganku. Ermmm… aku terhibur dengannya. Namun masih terlalu awal untukku menaruh harapan. Mungkin dia kepunyaan wanita lain… hehehehe mungkinku cuma salah seorang teman ‘chatnya’.
Setiap hari berlalu dengan indahnya….bersama dia..bukan disisi tetapi suaranya sentiasa menghiasi setiap malamku. Bergurau senda, bercerita, bertukar-tukar pendapat. Aku masih menjalani kehidupan biasa namun ditemani oleh seorang insan yang sentiasa mencuit hati.
Sehinggalah suatu pagi itu, aku agak lewat balik, pergi berkaraoke bersama teman-teman. ‘Yang’ pula seawal pukul 11 malam sudah asyik menghantar mesej untukku. Mesejnya agak berlainan daripada selalu… sepertinya tak sabar memintaku pulang supaya dapat dia menghubungiku. Teman baikku yang juga lelaki mula mempersoalkan mesej yang bertalu-talu itu. Aku hanya tersenyum sahaja. Perkenalan yang baru itu, kurahsiakan dari semua rakan-rakan kami. Walaupun selalu rakan-rakanku menyebut namanya, namun aku mendiamkan diri dan mendengar sahaja.
Sampai sahaja di rumah, ‘yang’ terus menelefonku. Nadanya agak berlainan hari ini. Katanya dia rindu padaku. Hehehehe mula mengusikku agaknya. Jam sudah menunjukkan dua pagi tapi dia masih segar di talian. Aku yang letih menjerit dari malam tadi sudah kekeringan idea untuk bercerita. Cuba menghangatkan perbualan, aku mula mengungkit padanya yang walaupun sudah hampir sebulan kami berhubung…namun ‘yang’ tetap tidak menunaikan janjinya untuk memberiku gambar kami berdua. Dia bertanya pula kenapa aku nak sangat gambar tu. Ermmm sebab comel la dan aku nak masukkan ke dalam albumku. Jawapanku tidak dihiraukan. Sebaliknya dia dengan tegasnya berkata… kalau sayang nakkan gambar tu… dia pula nak ‘orang’ yang di dalam gambar tu. Aku paham maksudnya.
Berkali-kali dia mengulangi niatnya. Aku cuba mengelak. Bukan tidak menyukainya tapi hatiku masih belum pasti untuk menerimanya lebih dari itu. Namun pada masa yang sama aku juga tak mahu kehilangannya. Dia tetap mahukan jawapanku samada Boleh atau tidak. Aku cuba mencari alasan yang baik. Biarlah kita berkawan dan mengenali hati masing-masing dulu. Ermm ya katanya … tapi sekarang dia meminta izinku untuk terus mengenaliku ‘lebih dari seorang rakan’ dan jika aku mengizinkan barula dapat dia meneruskan. Aku terperangkap. Apa lagi yang perlu kukatakan… antara takut menerima dan dikecewakan dan juga takut menolak dan kehilangan. Arghhh… apa salahnya mencuba… aku telah banyak kali dikecewakan. Apalah sangat jika kali ini dikecewakan lagi. Sebelum mengakhiri perbualan pagi itu dia berkali-kali pula mengucapkan padaku terima kasih kerana memberinya peluang. Dia berjanji takkan mensia-siakan peluang itu. Susah untukku percaya tapi hanya mampu berserah. Jika ada jodoh…adala….
Hari-hari yang berlalu berikutnya membawa seribu pengertian buatku. Semakin ku mengenalinya hatiku semakin kuat menyayanginya…. Aku yang dulunya solo…kini sudah bergelar kekasih orang hehehehehe. Sentiasa bergurau senda, usik mnegusik, ketawa ria, saling meluahkan rasa, adakalanya merajuk, cemburu dan bergaduh-gaduh kecil heheehe. Walaupun selalu berjauhan namun aku bahagia bersamanya. Dia pula semakin hari semakin kerap singgah di KL menemuiku. Pagi harinya dia bersarapan di Penang… menjelang makan malam dia sudah berada di KL ingin makan malam bersamaku. Ermm… macam dekat pula…Penang dan KL.
“Yang……
“Sayang tidak pernah bermimpi untuk bercinta denganmu….namun takdir telah menentukan lalu sayang jatuh cinta padamu”
Percintaan ini sudah tidak menjadi rahsia. Telah dikhabarkan pada rakan-rakan yang mula-mula agak terkejut tapi turut sama bergembira. Itupun idea ‘yang’ untuk mengejutkan mereka, sampai masanya untuk dunia tahu ‘yang menyintai sayang’ dan akan tetap begitu hingga ke akhir hayat. Sampai masanya lelaki-lelaki lain tahu sayang adalah milik yang….bunga larangan buat kumbang lain yang berkeliaran. Hehehehe jiwang karat.
Melihat kemesraan antara kami aku seperti betul-betul di alam mimpi dan berharap aku tidak akan pernah terjaga dari mimpi yang indah ini. Terlalu indah untuk digambarkan, terlalu asyik untuk diceritakan. Dia cukup memahamiku. Aku pula semakin hari semakin menyayanginya.
Memandang kepada sebentuk cincin ‘lazo diamond’ dijari….semakin mengingatkan ku padanya… cincin hadiah dari ‘yang’. Cincin sebagai tanda perkenalan hehehehe….dibeli ketika sama-sama berjalan-jalan di shopping kompleks. Romantiknya dia…. Ada pula cincin perkenalan ermmm…
Setelah tiga bulan lebih bercinta, tetiba ‘yang’ menyatakan hasratnya untuk berjumpa dengan mak dan ayahku. Opps… seriuskah dia. Aku berpesan banyak kali yang ayahku tak suka aku berkawan rapat dengan lelaki lama-lama. Nanti dah jumpa disuruh kahwin macam mana? OK no problem. Kita kahwinla katanya. Amboi beraninya bibir tu. Walaupun pelbagai alasanku untarakan, ‘yang’ tetap berdegil dengan hasratnya.
Seperti yang dijanjikan, ‘yang’ berjumpa dengan mak dan ayahku serta adik beradikku yang lain dan dia diterima dengan baiknya. Dan seperti yang telah kukatakan, sebaik ‘yang’ pulang.. ayahku terus bertanya bila nak bertunang. Jangan lama-lama berkawan. Huhuhuhuhu…. Walaupun aku malu untuk menyatakan hasrat ayahku pada ‘yang’ tapi aku gagahkan juga diri bertanya padanya. Tabpa kusangka ‘yang’ juga turut menyatakan hasratnya untuk masuk meminangku. Sudi kiranya sayang menjadi suri dalam hidup yang… teman susah dan gembira…..menyinari hari-hari ‘yang’….Ha… aku seperti masih bermimpi lagi. Dia benar-benar mahu memilikiku. Tanpa sepatah atau sebarang alasan. Belum bersedia…. tak cukup duit…. awal lagi…. Tak langsung disebutkannya…
Aku masih tidak percaya….bagaimana mungkin aku percaya…masih segar di fikiranku seorang lelaki sebelumnya menyatakan hasrat yang sama tapi terhenti di pertengahan jalan… yang memberi harapan namun meracuni pula kemudiannya… bagaimana mungkin ku berani… bagaimana mungkin ku mampu bertahan jika kecewa buat kali entah ker berapa… arghhhhh aku diserang dilemma…
Tawakal dan redha… berserah padanya…. Aku seikhlas hati menerima ‘yang’ sebagai tunanganku…. Perasaan…. Tak perlu diucapkan… bagai terbang di awang-awangan..hehehhehe…cincin di jari terikat indah… dijari manis lagi bersinar…
Yang….
Jika mampu kuungkapkan serangkai kata.. ingin kuucapkan terima kasih tak terhingga kerna membahagiakan
Jika mampu kulukiskan… akan kulukiskan wajah cintamu seindah salju…
Jika mampu ku lagukan… merdukah suara hatiku….hehehehe
Yang…
Mungkin ini hanya cinta fantasi… datang seketika…namun tiba masa pudarlah ia.
Mungkin juga hanya cinta cimpanzi… singgah sebentar di dahan menghela nafas… kemudian lompat semula menghilang ke rimba yang dalam atau
Mungkinkah ini cinta realiti… mekar berpanjangan hingga ke akhir hayat
Bukan mudah mencari jawapan cinta walaupun di suluh lampu yang terang… siang atau malam juga bukan ukuran.. bercerita tentang cinta memang susah untuk dimengertikan….
Bukan mudah menghitung hari berlalu jika mungkin satu hari kehilanganmu ketika belum sempat cinta itu menjadi realiti
Namun aku bersyukur dan bahagia…. Walaupun mungkin cinta itu seperti kumbang hanya datang menenggek di bunga… aku bahagia walau hanya akan seketika….
Hari berlalu buat hatiku berlagu… kadang-kadang kerisauan bermain dihati…. Namun keraguan tak berpanjangan…. Sayang… ‘yang’ memecah kesunyian. Kita kahwin. Erkkkk…. Hatiku dipanah halilintar…. Mataku terpaku di bibir itu yang mengucapkan kata keramat…..
Gendang dipalu… pengantin malu… di atas pelamin duduk beradu…. Hatiku ragu menjadi malu… melihat raja di sisi ratu…..hehehehehehe… ijablah kabul sepasang kekasih… ke jinjang pelamin setelah 4 bulan disimpul tali pertunangan…. Hmmm akhirnya status soloku berakhir disini… ku kepunyaan dia… lelaki yang hadir dengan penuh semangat waja….. mungkin inilah hikmahnya… Allah sengaja membiarkan ku kecewa dulu kerana Dia lebih mengetahui insan yang sebenar-benarnya terbaik untukku…
Sehingga kini ‘abang’ tetap seperti mula ku kenal… penuh dengan usikan dan hilai tawa…. Selalu menyakatku di depan teman-teman… kerana aku yang menelefonnya dulu jadi akulah wanita itu yang mengoratnya…..hehehehe… aku tak kisah apa jua katanya kerna kebahagiaan itu tetap menjadi milik kami berdua…
Benarlah seperti kata seseorang.. “Sememangnya tetamu malam adalah gelap, tetapi siapa mampu menghalang fajar”. :P
-Bidadari Hati melaporkan sebuah nukilan ‘coretan pertemuan sebuah cinta realiti’-
Sayang Satini Safari