10 Januari 2010

Rindunya pada kawan-kawan lama....

Semalam..aku tak dapat melelapkan mata...jam dah menunjukkan 3.40 pagi... sambil-sambil godek-godek keje opis sikit-sikit...akupun buka fb tengok2 gambar member2. ingat nak upload gambar sikit tapi tak jadi..nampak ada seorang kawan lama tengah online hehehehhe...

Aku pun tegur la dia... sebelum nih kitaorang dah pernah terjumpa dekat ofis lama aku... dia is my best partner masa kat sekolah dulu.. ingat lagi cikgu bagi duduk lelaki dan perempuan supaya kelas tak riuh rendah sangat kalau perempuan duduk sebelah perempuan juga...so... dialah partner aku.. nama dia foong..dia memang special... ada orang yang bergaduh bila duduk sebelah2... tapi kitaorg cool je hehehehe... sampai ada sorang cikgu tu bg contoh supaya yang lain berbaik2lah mcm kitaorang hehehehe... jangan marah geng-geng lain

aku still keep contact dengan dia... he just married.Hehehehe...lama kitaorang berbual2 dekat fb bercerita tentang bisnes dan juga tentang kawan2 lama...

rindunya aku pada kawan2 lama ermmm...aku tak banyak tahu sangat tentang kawan2 sekolah..dah lama lost contact... ada la 3 4 orang yang aku jumpa dalam fb.. pastu 2 3 orang yang aku masih berhubungan melalui telefon.

melalui perbualan tu baru aku tahu...
ada kawanku yang jadi guru
ada yang kerja di johor...
ada yang sebelum nih kerja di KL...tp balik ke penang dan berkahwin lalu kerja di kampung...
ada yang sudah meninggal dunia... :(
ada yang akan berkahwin dalam bulan nih jugak.. :)
ada yang berjaya... kerja best2 hehheheh
ada yang baru jer beli kereta baru...macam aku hmmmm

ermmm rindunya pada u all semua....
aku ingat nak cari balik semua member2 lama masa sekolah dulu dan juga masa aku belajar kat um...
Sek. Men. St. George Balik Pulau - tahun 1991 - 1995
Sek. Men. Seri Balik Pulau - tahun 1996 -1997
Universiti Malaya, Kolej Kinabalu, Fakulti Sastera & Sains Sosial - sessi 1998 - 2001

ermmm bestnya....

Tiada ulasan:

 

Missing You Blogger Template